Takaful Health Kad Perubatan Terbaik


Pada 16 November 2009 lepas, PruBSN telah melancarkan produk terbaru iaitu Takaful Health (TH) yang menggantikan kad perubatan sedia ada iaitu Major Medical Cover (MMC). Takaful Health menawarkan bonus tanpa tuntutan atau No Claim Bonus (NCB) bermula dari RM100 sehingga RM500 setahun kepada para pemegang polisi yang tidak membuat sebarang tuntutan perubatan hospital sepanjang tahun. Pelan di dalam Takaful Health yang diperkenalkan pertama kali dalam industri Takaful negara akan memberi nilai tambah kepada nilai pelaburan para pemegang polisi.

Takaful Heath menyediakan lima pelan perubatan iaitu TH100, TH150, TH200, TH300 dan TH400. Pelan ini boleh dilanggani oleh pengguna berumur seawal sehari sehingga 60 tahun menerusi premium minimum RM100 sehingga RM500.