Pelan Takafulink BSN


Dalam Takafulink PruBSN Takaful, caruman anda akan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
A) Participant Unit Account (PUA) – Manfaat Asas
B) Individual Special Account (ISA) – Manfaat Tambahan
C) Investment Unit Account (IUA) – Manfaat Perlaburan

Senarai manfaat yang terdapat dalam Takafulink adalah seperti berikut:
A) Participant Unit Account (PUA) – Manfaat Asas
1. Kematian
- Jumlah yang dilindungi dan nilai baki dalam PUA dan ISA akan dibayar kepada waris sekiranya peserta meninggal Dunia.
- Wang ihsan RM2000 akan dibayar kepada waris peserta
2. Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK)
- Jumlah yang dilindungi akan dibayar sekaligus sekiranya peserta mengalami HUPK sebelum berumur 60 tahun.
- Manfaat lain akan kekal dalam akaun peserta.
3. Crisis Shield (36 Penyakit Kritikal)
- Bayaran secara lump sum diberikan kepada peserta apabila peserta disahkan terkena antara 36 jenis penyakit kritikal.
B) Individual Special Account (ISA) – Manfaat Tambahan
4. Accidental Death & Disablement (ADD)
(Kematian atau Lumpuh Keseluruhan Kekal disebabkan Kemalangan)
- Manfaat ini dibayar sekiranya peserta mengalami lumpuh/kecacatan kekal atau mati disebabkan kemalangan. Manfaat ini adalah tambahan kepada manfaat nombor 1 dan nombor 2.
- Bayaran manfaat ni akan menjadi 2x ganda apabila peserta meninggal dunia disebabkan kemalangan menaiki kenderaan awam (kenderaan awam samada di darat, laut atau udara) atau semasa berada di tempat awam seperti hotel atau pawagam.
- Untuk kecacatan atau hilang anggota, manfaat ini akan dibayar mengikut peratusan keseriusan kecacatan peserta.
- Manfaat ini adalah renewable. Katakan pada tahun 2008 peserta membuat tuntutan 100%, maka pada tahun 2009 nilai manfaat ini akan menjadi 100% semula. Sekiranya pada bulan Jan 2009, peserta sudah membuat tuntutan 100% dan ditakdirkan peserta tersebut ditimpa kemalangan pada Jun 2009, maka tiada pampasan ADD untuk dituntut pada tahun itu lagi.
5. Accidental Medical Reimbursement (AMR)
(Bayaran Balik Kos Perubatan Akibat Kemalangan)
- Manfaat ini akan membayar balik semua kos perubatan akibat kemalangan peserta samada rawatan tersebut dilakukan di klinik biasa mahupun hospital.(rawatan biasa yang tidak memerlukan peserta ditahan wad atau bermalam di hospital)
6. Weekly Indemnity (Pampasan Mingguan)
- Melalui manfaat ini, para peserta akan dibayar pampasan mingguan sekiranya peserta mengalami kecacatan sementara dan menyebabkan peserta tidak boleh melakukan kerja seharian. Nama lain bagi manfaat ini ialah ‘Elaun Cuti Sakit’.
- Manfaat ini diwakili oleh unit dan terbahagi kepada dua jenis kecacatan sementara iaitu Temporary Total Disable (TTD) atau Temporary Partial Disable (TPD). 1 unit bersamaan RM100 seminggu untuk TTD dan RM50 untuk TPD.
7. Major Medical Cover (MMC)
(Kad Perubatan)
- Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh Malaysia.
- Boleh digunakan di dalam dan luar negara.
- Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.
8. Hospital Benefit (Elaun Hospital)
- Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari perserta tinggal di dalam wad dan diwakili oleh unit.1 unit bersamaan RM 50 sehari. Maksimum unit adalah 8 untuk satu polisi. Sebagai contoh, katakan peserta tinggal 7 hari wad dan mengambil 2 unit, maka bayaran akan diperolehi ialah 7 hari x [2 unit x RM50]= RM700. Kalau peserta mengambil sehingga 8 unit, maka sehari di wad, peserta akan mendapat RM400.
- Manfaat ini termasuk hospital kerajaan. Katakan bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda, Elaun Hospital ini juga dituntut oleh peserta tanpa memerlukan bil atau resit asal.
- Jumlah yang dibayar tidak akan ditolak daripada mana-mana manfaat lain. Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan minimum perlu berada di dalam wad adalah 6 jam.
9. Disability Provider (Elaun Lumpuh)/ Crisis Cover Income (Elaun Penyakit Kritikal)
- Pampasan ini akan diberikan kepada peserta apabila peserta disahkan Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable) sama ada disebabkan penyakit atau kemalangan @ peserta mengalami penyakit kritikal. Pampasan akan diberikan setahun sekali sehingga umur peserta 60 tahun.
10. Contributor (Premium Percuma)
- Melalui manfaat ini, pihak takaful akan menyambung caruman peserta secara automatik sehingga umur peserta 80 tahun atau meninggal dunia (mana yang terdahulu) sekiranya peserta disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
- Peserta tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.
11. Medical Cover
- Manfaat ini mengabungkan 3 manfaat iaitu Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah.
- Elaun ICU - Membayar elaun harian selama berada dalam wad ICU
- Elaun Bedah (Surgical Procedure Benefit) - Membayar pampasan pembedahan bergantung kepada kadar keseriusan (Severity Level)
- Untuk Elaun Hospital sila rujuk manfaat nombor 8.
- Manfaat ini dibayar berdasarkan unit yang diambil dimana 1 Unit mewakili :
RM 50 sehari (Elaun Hospital), RM 100 sehari (Elaun ICU) dan RM 2,500 setiap prosidur (Elaun Bedah)
- Elaun Bedah akan diberikan bergantung kepada kadar keseriusan pembedahan (severity level) seperti berikut :
Level 1 : RM 125
Level 2 : RM 250
Level 3 : RM 500
Level 4 : RM 750
Level 5 : RM 1,250
Level 6 : RM 1,875
Level 7 : RM 2,500
Elaun Bedah-Maksimum RM12,500 setahun
C) Investment Unit Account (IUA) – Manfaat Perlaburan
Untuk mendapatkan lebih nilai tunai didalam akaun Takafulink, pada peserta boleh menyertakan manfaat Takaful Saver. Takaful Saver ini akan termasuk dalam akaun IUA dan digunakan sepenuhnya untuk membuat perlaburan.
Sumber rujukan : Brochure Takafulink PruBSN dan PruBSN Info.com